Monday, September 3, 2012

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 4


Tarikh                                     : 08.08.2012
Masa                                      : 8.40 – 9.40 pagi
Tahun                                    : 4 Amanah
Jumlah Murid                         : 30 orang
Tajuk                                      : Melancong ke Sabah
Kemahiran                             :
FU                   : 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul.
                        Aras 3 (i) membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan menarik.
FS                   : 8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.
                        Aras 2 (i) membina ayat majmuk daripada dua atau lebih ayat tunggal yang diberikan.
Hasil Pembelajaran     : Pada akhir pelajaran ini , diharap murid dapat:
1.    Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas.
2.    Membina dan menulis 5 ayat majmuk daripada ayat tunggal yang diberi dengan betul dan kemas.
Pengetahuan Sedia Ada   : 1.Murid pernah mengikuti rombongan sekolah atau lawatan  sambil belajar.
                   2.Murid telah mempelajari kata hubung.
Tatabahasa                           : Kata Hubung
Kosa kata                              : dan, atau, sambil
Ilmu                                        : Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Nilai                                        : Sayang,hormat menghormati
Bahan Bantu Mengajar      : LCD, laman web, komputer, petikan, lembaran kerja, pen marker, kertas A4   


Langkah

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan
Set Induksi
(5  minit)
1.    Murid ditayangkan video tentang tarian tradisional.
2.    Murid bersoal jawab tentang video tersebut bersama guru.
·         Ini tarian apa?
·         Tarian ini berasal dari negeri __________.
3.    Guru mengaitkan gambar ini dengan P&P hari .

BBM 1:
Video  tarian Sumazau

KBT
Kecerdasan Pelbagai
Langkah 1 (15minit)
Tayangan slaid: tempat menarik di Sabah


Laman web:
tempat_menarik_sabah


1.    Murid ditunjukkan slaid tentang tempat-tempat menarik di negeri Sabah.
2.    Murid diminta membaca petikan yang diberikan.
3.    Semua murid membaca senyap.
4.    Murid membaca kuat.
5.    Guru mengadakan pertandingan membaca petikan mengikut kumpulan.
·         Guru meminta murid lain menilai sebutan rakan mereka.
·         Guru memberi ulasan tentang aspek sebutan.
·         Kumpulan murid yang mendapat markah tertinggi diberi bintang sebagai ganjaran.
BBM 2:
Slaid
KP: Verbal-linguistik

KB: Mengumpul dan mengelaskan
BBM: Lembaran petikan

BCB:Bacaan Intensif
Langkah 2
(10minit)
  1. Murid diminta memberikan contoh-contoh kata hubung.
  2. Berdasarkan petikan, murid diminta menggariskan kata hubung yang terdapat dalam petikan.
  3. Murid menyebut kata hubung dalam petikan.
  4. Murid membaca ayat yang mengandungi kata hubung dalam petikan.
BBM 3:
Lembaran petikan


KB: Menjana idea
Langkah 3
(10 minit)
1.    Murid membaca dua ayat tunggal yang ditayangkan.
2.    Murid diterangkan bagaimana membina ayat majmuk menggunakan kata hubung yang telah dipelajari.
3.    Murid membaca ayat majmuk yang telah dibina.



Langkah 4
(15minit)
Aktivi menulis:
Kumpulan 1:
1.    Murid diminta membina ayat majmuk berdasarkan lembaran kerja yang diberikan.
2.    Guru membuat rumusan dan membaiki ayat yang telah dibina.
Kumpulan 2:
1.    Murid diminta mengisi tempat kosong dengan kata hubung yang sesuai.
Kumpulan 3:
1.    Murid membina ayat yang lengkap menggunakan kata hubung yang diberikan.
BBM 4:
Slaid ayat-ayat tunggal & ayat majmuk





BBM 5: Lembaran kerja


KB: Menjana idea
Penutup
(5 minit)
  1. Lagu Tinggi-Tinggi Gunung Kinabalu

  1. Rumus isi pelajaran
1.    Murid diperdengarkan lagu Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu.
2.    Murid menyanyi bersama-sama.
3.    Bimbing murid rumus isi pelajaran.
·         Nilai-nilai murni
1.    Sayangkan negara sendiri.
2.    Bersyukur menjadi rakyat Malaysia
3.    Malaysia mempunyai banyak tempat menarik yang boleh dilawati.
4.    Dapat jimatkan wang jika melancong dalam negara.
BBM 6:
Lirik lagu



KB: Merumus

No comments:

Post a Comment