Thursday, August 23, 2012

Nota Kata Hubung

Kata hubung bertugas untuk menghubungkan klausa, ayat, frasa atau perkataan  untuk membentuk ayat majmuk.
 Dalam bahasa Melayu terdapat dua jenis ayat majmuk, iaitu ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan. Oleh itu, kata hubung dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu kata hubung gabungan dan kata hubung pancangan.
 Oleh itu, kata hubung dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu kata hubung gabungan dan kata hubung pancangan.
 
Kata hubung gabungan
Kata hubung pancangan
  1. Mengubungkan klausa-klusa yang sama tarafnya
  2. Contoh kata: dan, atau, serta, tetapi, malahan, sambil, tetapi, sementara, sebaliknya, seterusnya.
  3. Contoh ayat:
 
i.        Pemanah itu melepaskan anak panah, tetapi tidak mengena sasaran kerana busurnya patah.
ii.        ``Belum tentu... sama ada pergi rumah kawan atau balik kampung,’’ katanya.
iii.       Dia mengelak, lantas menikam.
 Pancangan relatif
Pancangan komplemen
Pancangan keterangan
-menghubungkan klausa utama dengan klausa klausa pancangan (kecil). Hubungan ini menggunakan kata hubung yang.
 
Contoh:
i. Pelajar yang berjaya itu diberi hadiah.
ii. Budak yang sedang membaca itu adik perempuan saya.
iii. Buku yang dikarang oleh Ahmad itu buku sejarah.
 
 
-Menghubungkan satu klausa sebagai komplemen pada satu klausa utama. (Kompelen bermaksud pelengkap).
 
-Jadi, klausa klausa pancangan komplemen itu melengkapkan klausa utama.
 
-Kata hubung yang berperanan begitu ialah bahawa dan untuk.
 
i. Guru tahun enam itu menyatakan bahawa semua muridnya mendapat enam A.
ii. Mereka mengetahui bahawa Haji Ahmad adalah ahli perniagaan besar.
iii. Kerajaan membuat jambatan untuk rakyat melintas sungai.
-Kata hubung pancangan keterangan menghubungkan klausa keterangan kepada klausa utama.
-Kata hubung itu ialah:
kerana, agar,
meskipun, sekiranya, semoga, supaya,
kalau, andaikata,
kendatipun,
hingga,
 jika, jikalau,
semasa,
sementara,
setelah, sewaktu, sekiranya,
ketika, tatkala,
walaupun
, dan sesungguhnya.
 
i. Mereka tidak dibenarkan masuk ke stadium kerana tidak memiliki tiket yang sah.
 
 
1. Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan
  • ·          perkataan dengan perkataan
  • ·          rangkai kata dengan rangkai kata
  • ·          ayat dengan ayat.
2.             Kata hubung terbahagi kepada tiga,iaitu:
  • (a)     (a)    kata hubung gabungan,
  • (b)     (b)    kata hubung pancangan,
  • (c)     (c)    kata hubung berpasangan.
    
3.             Contoh kata hubung tunggal dan kata hubung berpasangan serta penggunaannya adalah seperti yang berikut:

Kata Hubung Tunggal
ContohAyat Contoh
agarSaya berharap agar kamu dapat menghubungi dia segera.
apabilaMukanya pucat apabila disoal.
atauAwak boleh menaiki bas atau teksi untuk ke sana.
bahawaKami yakin bahawa yang dikatakannya itu benar.
danLeela dan Siu Lan berjiran.
hinggaAyah dan kawannya berbual hingga larut malam.
JikaSaya berpayung jika hujan.
JikalauJikalau saya kaya, saya akan membina rumah kebajikan.
kecualiSemua murid Nadir kecuali Gopal.
kerana   Aini menangis kerana terlalu sedih.
lalu         Burung itu terbang lalu hinggap di dahan pohon.
manakalaBaju Karim bersih manakala baju adiknya kotor.
sambil     Zalifah bernyanyi sambil menari.     
sertaZahid serta abangnya menonton wayang.
semenjakSaya berkawan dengannya semenjak kecil.
sementaraBerusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat.
sungguhpunSungguhpun buta, orang Itu mampu berdikari.
supayaBelajarlah bersungguh‑sungguh supaya pandai.
walaupunWalaupun letih, diselesaikannya jugs kerja ItU.
tetapiBadannya besar tetapi penakut.

 Kata Hubung Berpasangan
ContohAyat Contoh
Baik - mahupunBaik lelaki mahupun perempUan lama‑sama bergotong‑ r0y0ng membersihkan balai rays itu.
Baik- baikBaik Daud balk adiknya sama‑sama pintar.
bukan sahaja malahFuad bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah.
entah      entahJangan lekas percaya akan janjinya, entah betul entah tidak.
Jangan – punJangankan sepuluh ringgit, seringgit pun dia tak ada.
Kian – kianKian lama kian banyak orang yang ke sana.
Sama ada – ataupunGuru Besar meminta sama ada bapa ataupun ibu murid hadir ke Sekolah.
sedangkan...inikan
pula
Sedangkan Gunung Kinabalu terdaki olehnya inikan pula
Bukit Larut.
semakin...semakin Encik Husin semakin kaya semakin pemurah.
sungguhpun...tetapi Sungguhpun badannya gemuk tetapi dia kuat berlari.
walaupun...namun Walaupun cacat namun Guan rajin berusaha.

2. Contoh kata hubung dalam bentuk Akar
Danhinggalaluketika
Denganyangtetapijika
Keranasertakalaukemudian
demikianwalhalwalauagar
ataudemisupaya

 3. Contoh kata hubung dalam bentuk terbitan.
semasasementaraseharusnyaandaikata
semogaseketikasebaliknyasedangkan
setelahsesungguhnyawalaupunitupun
sewaktuseandainyameskipunsekali[un
mudah-mudahanmoga-mogajikalaubagaimanapun
padahal

contoh ayat:
 1. menggabungkan dua ayat
                Azhar dan Malek pergi ke Pulau Pinang.
2. Menggabungkan dua rangkai kata
                Kita boleh pergi ke Mekah dengan kapal terbang atau kapal laut.
3. Menggabungkan ayat-ayat
                Negara itu mengeluarkan hasil galian yang banyak tetapi rakyatnya masih miskin dan menderita.

 

No comments:

Post a Comment