Tuesday, September 4, 2012

Petikan Surat Kiriman

Baca petikan dengan teliti.

                                                                                              No. 185,
                                                                                             Jalan Mutiara,,
                                                                                             Taman Mutiara,
                                                                                             3600 Kamunting,
                                                                                             Perak Darul Ridzuan.
Assalamualaikum,
              Yang diingati saudaraku, Roslan yang berada di Kelang, Selangor. Apa khabar? Saya di sini berada dalam keadaan sihat walafiat. Saya mengharapkan saudara dan keluarga saudara juga begitu.
             Saudara,
             Terlebih dahulu, saya ingin memohon maaf kerana terlewat membalas surat saudara tempoh hari. Saudara tentu maklum, biasanya pada hujung tahun semua pelajar sibuk membuat persediaan untuk menduduki peperiksaan akhir tahun, termasuk saya.
             Cerita saudara tentang lawatan sekolah ke Pulau Langkawi sangat menarik. Saya berasa sangat teruja dan berhasrat untuk mengajak keluarga saya ke Pulau Langkawi pada musim cuti sekolah akan datang.
             Seperti saudara, saya juga telah menghabiskan cuti sekolah yang lalu dengan melawat ke negeri Sabah. Negeri Sabah juga popular dengan panggilan “Negeri di Bawah Bayu”.Di Sabah ada banyak lagi tempat yang menarik antaranya ialah Pulau Sipadan, Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok, Muzium Sabah, Kolam Air Panas Poring, Gunung Kinabalu dan banyak lagi.
             Saya dan keluarga saya telah berkesempatan melawat ke Pulau Sipadan. Pulau Sipadan merupakan salah satu pulau yang tercantik di dunia. Pulau Sipadan menjadi tumpuan pelancong kerana pantainya yang bersih. Tambahan pula bentuk chaletnya sangat cantik tetapi sewanya tidak mahal.
 Kami juga berkesempatan melawat ke Kolam Air Panas Poring. Kolam ini mengandungi air panas yang mengandungi sulfur yang boleh menyegarkan badan.kami Kami juga turut melawat ke Pusat Pemulihan Orang Utan yang terletak di Sepilok, Muziaum Sabah dan Pasar Tamu. Kami merakamkan banyak gambar kenang-kenangan sepanjang berada di sana. Kami juga turut mengambil peluang bersiar-siar sambil membeli-belah barangan dari sana. Kami berada di sana selama satu minggu.
             Sampai di sini coretan saya. Sehingga kita bertemu di lain lembaran, salam mesra yang berkekalan untuk saudara sekeluarga.
Sekian, terima kasih.

                                                            Sahabatmu,
                                                                  ______________________
                                                                          (AMRI BIN SAHLAN

No comments:

Post a Comment