Thursday, August 23, 2012

Nota Kata Hubung

Kata hubung bertugas untuk menghubungkan klausa, ayat, frasa atau perkataan  untuk membentuk ayat majmuk.
 Dalam bahasa Melayu terdapat dua jenis ayat majmuk, iaitu ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan. Oleh itu, kata hubung dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu kata hubung gabungan dan kata hubung pancangan.
 Oleh itu, kata hubung dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu kata hubung gabungan dan kata hubung pancangan.
 
Kata hubung gabungan
Kata hubung pancangan
  1. Mengubungkan klausa-klusa yang sama tarafnya
  2. Contoh kata: dan, atau, serta, tetapi, malahan, sambil, tetapi, sementara, sebaliknya, seterusnya.
  3. Contoh ayat:
 
i.        Pemanah itu melepaskan anak panah, tetapi tidak mengena sasaran kerana busurnya patah.
ii.        ``Belum tentu... sama ada pergi rumah kawan atau balik kampung,’’ katanya.
iii.       Dia mengelak, lantas menikam.
 Pancangan relatif
Pancangan komplemen
Pancangan keterangan
-menghubungkan klausa utama dengan klausa klausa pancangan (kecil). Hubungan ini menggunakan kata hubung yang.
 
Contoh:
i. Pelajar yang berjaya itu diberi hadiah.
ii. Budak yang sedang membaca itu adik perempuan saya.
iii. Buku yang dikarang oleh Ahmad itu buku sejarah.
 
 
-Menghubungkan satu klausa sebagai komplemen pada satu klausa utama. (Kompelen bermaksud pelengkap).
 
-Jadi, klausa klausa pancangan komplemen itu melengkapkan klausa utama.
 
-Kata hubung yang berperanan begitu ialah bahawa dan untuk.
 
i. Guru tahun enam itu menyatakan bahawa semua muridnya mendapat enam A.
ii. Mereka mengetahui bahawa Haji Ahmad adalah ahli perniagaan besar.
iii. Kerajaan membuat jambatan untuk rakyat melintas sungai.
-Kata hubung pancangan keterangan menghubungkan klausa keterangan kepada klausa utama.
-Kata hubung itu ialah:
kerana, agar,
meskipun, sekiranya, semoga, supaya,
kalau, andaikata,
kendatipun,
hingga,
 jika, jikalau,
semasa,
sementara,
setelah, sewaktu, sekiranya,
ketika, tatkala,
walaupun
, dan sesungguhnya.
 
i. Mereka tidak dibenarkan masuk ke stadium kerana tidak memiliki tiket yang sah.
 
 
1. Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan
  • ·          perkataan dengan perkataan
  • ·          rangkai kata dengan rangkai kata
  • ·          ayat dengan ayat.
2.             Kata hubung terbahagi kepada tiga,iaitu:
  • (a)     (a)    kata hubung gabungan,
  • (b)     (b)    kata hubung pancangan,
  • (c)     (c)    kata hubung berpasangan.
    
3.             Contoh kata hubung tunggal dan kata hubung berpasangan serta penggunaannya adalah seperti yang berikut:

Kata Hubung Tunggal
ContohAyat Contoh
agarSaya berharap agar kamu dapat menghubungi dia segera.
apabilaMukanya pucat apabila disoal.
atauAwak boleh menaiki bas atau teksi untuk ke sana.
bahawaKami yakin bahawa yang dikatakannya itu benar.
danLeela dan Siu Lan berjiran.
hinggaAyah dan kawannya berbual hingga larut malam.
JikaSaya berpayung jika hujan.
JikalauJikalau saya kaya, saya akan membina rumah kebajikan.
kecualiSemua murid Nadir kecuali Gopal.
kerana   Aini menangis kerana terlalu sedih.
lalu         Burung itu terbang lalu hinggap di dahan pohon.
manakalaBaju Karim bersih manakala baju adiknya kotor.
sambil     Zalifah bernyanyi sambil menari.     
sertaZahid serta abangnya menonton wayang.
semenjakSaya berkawan dengannya semenjak kecil.
sementaraBerusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat.
sungguhpunSungguhpun buta, orang Itu mampu berdikari.
supayaBelajarlah bersungguh‑sungguh supaya pandai.
walaupunWalaupun letih, diselesaikannya jugs kerja ItU.
tetapiBadannya besar tetapi penakut.

 Kata Hubung Berpasangan
ContohAyat Contoh
Baik - mahupunBaik lelaki mahupun perempUan lama‑sama bergotong‑ r0y0ng membersihkan balai rays itu.
Baik- baikBaik Daud balk adiknya sama‑sama pintar.
bukan sahaja malahFuad bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah.
entah      entahJangan lekas percaya akan janjinya, entah betul entah tidak.
Jangan – punJangankan sepuluh ringgit, seringgit pun dia tak ada.
Kian – kianKian lama kian banyak orang yang ke sana.
Sama ada – ataupunGuru Besar meminta sama ada bapa ataupun ibu murid hadir ke Sekolah.
sedangkan...inikan
pula
Sedangkan Gunung Kinabalu terdaki olehnya inikan pula
Bukit Larut.
semakin...semakin Encik Husin semakin kaya semakin pemurah.
sungguhpun...tetapi Sungguhpun badannya gemuk tetapi dia kuat berlari.
walaupun...namun Walaupun cacat namun Guan rajin berusaha.

2. Contoh kata hubung dalam bentuk Akar
Danhinggalaluketika
Denganyangtetapijika
Keranasertakalaukemudian
demikianwalhalwalauagar
ataudemisupaya

 3. Contoh kata hubung dalam bentuk terbitan.
semasasementaraseharusnyaandaikata
semogaseketikasebaliknyasedangkan
setelahsesungguhnyawalaupunitupun
sewaktuseandainyameskipunsekali[un
mudah-mudahanmoga-mogajikalaubagaimanapun
padahal

contoh ayat:
 1. menggabungkan dua ayat
                Azhar dan Malek pergi ke Pulau Pinang.
2. Menggabungkan dua rangkai kata
                Kita boleh pergi ke Mekah dengan kapal terbang atau kapal laut.
3. Menggabungkan ayat-ayat
                Negara itu mengeluarkan hasil galian yang banyak tetapi rakyatnya masih miskin dan menderita.

 

Latihan Kata Hubung

LATIH TUBI TATABAHASA : KATA HUBUNG

KATA HUBUNG
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.
1 Guru itu sering dipuji ___________ rajin bekerja.
A atau
B jika
C agar
D kerana

2 Haji Shahrul Anuar bukan sahaja pemurah ___________ baik hati.
A dan
B tetapi
C manakala
D walaupun

3 Rumainah bersorak terlalu kuat ___________ suaranya serak.
A hingga
B tatkala
C setelah
D supaya

4 Pencuri memasuki rumah itu __________ penghuninya sedang tidur nyenyak.
A agar
B ketika
C hingga
D setelah

5 Encik Azmeer akan menghadiri mesyuarat di Kuala Lumpur pada minggu
hadapan ___________ bulan hadapan?
A dan
B lalu
C atau
D maka

6 Din mengambil surat itu _________ menyerahkannya kepada Rajoo.
A lalu
B agar
C maka
D kerana

7 Charles lulus ujian itu _________ adiknya gagal.
A dan
B serta
C tetapi
D malahan

8 Zamzarina berkata-kata __________ merenung wajah temannya.
A kerana
B sambil
C maka
D lalu

9 Farzana ______ Mei Hua sangat gembira kerana mereka mendapat keputusan
yang cemerlang dalam UPSR.
A dan
B lalu
C tetapi
D walhal

10 __________ keluarga Wong tiba, datuknya tiada di rumah.
A Semasa
B Setelah
C Supaya
D Sementara

11 Keluarga Chong Wei mungkin berpindah ke Johor __________ ke Melaka.
A dan
B lalu
C atau
D agar

12 Encik Sulaiman berdoa ________ keluarganya sentiasa sihat.
A untuk
B jikalau
C bahawa
D semoga

13 ___________ pegawai kastam membuat pemeriksaan, barang seludup itu tiada
padanya.
A Semoga
B Sewaktu
C Supaya
D Setelah

14 Encik Lim menebas semak-samun _________ isterinya menyapu sampah.
A apabila
B manakala
C walaupun
D sedangkan

15 Halim tetap dengan pendiriannya untuk berhijrah ke bandar __________
ditentang oleh ibunya.
A sementara
B walaupun
C sejak
D agar

16 Hamid tidak datang ke sekolah ____________ minggu lepas.
A semenjak
B sewaktu
C kerana
D selagi

17 Murid-murid diminta beratur __________ menaiki bas.
A ketika
B setelah
C semenjak
D sementara

18 Landskap itu dibina oleh guru-guru, ibu bapa ________ murid-murid sekolah itu.
A lalu
B maka
C serta
D atau

19 __________ menonton drama lucu itu, mereka ketawa berdekah-dekah.
A Apabila
B Kerana
C Sambil
D Semasa

20 Izuddin masuk ke kelas ________ Cikgu Norman sedang mengajar.
A sementara
B malahan
C tatkala
D sambil

21 Ekspo pertanian itu akan dilanjutkan tempohnya ___________ mendapat
sambutan yang menggalakkan daripada penduduk tempatan.
A jika
B ketika
C hingga
D sementara

22 Makanlah makanan yang berkhasiat ___________ badan kamu sentiasa
cergas.
A jika
B sejak
C kerana
D supaya

23 Setelah beberapa buah teksi yang ditahan tidak berhenti, __________ Azmin
mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja ke bandar.
A dan
B lantas
C manakala
D sementara

24 Tetamu itu bangun _________ turun ke serambi.
A dan
B lalu
C maka
D setelah

25 Manjeet berkata ________ dia pasti akan mengikuti rombongan sambil belajar
ke Putrajaya itu.
A bahawa
B seraya
C maka
D agar

26 Ibu tua itu memeluk anaknya _________ membelai rambutnya.
A serta
B walhal
C malahan
D kendatipun

27 Pak Mat mengumpul nira _______ dibuat manisan dan tuak.
A setelah
B semasa
C untuk
D bagi

28 ___________ hujan turun, pasukan bola sepak itu masih bermain di padang.
A Semoga
B Tatkala
C Hingga
D Supaya

29 _____________ letih, pelumba basikal itu meneruskan kayuhannya sehingga ke
garisan penamat.
A Tatkala
B Semasa
C Sungguhpun
D Walau bagaimanapun

30 Pertahanan negara perlu diperkuat ___________ keamanan negara sentiasa
terjamin.
A agar
B untuk
C hingga
D bahawa

31 Sri Devi tidak akan makan _________ ibu tidak memujuknya.
A setelah
B apabila
C sekiranya
D sementara

32 Setelah mendapati rakan-rakan lain berdiam diri, Rodiah __________
mengangkat tangan untuk menjawab soalan Matematik itu.
A maka
B lantas
C sambil
D justeru

33 Sekumpulan pekerja sedang berehat sambil berbual-bual ___________
menyambung tugas masing-masing.
A sementara
B semenjak
C sebelum
D semasa

34 Bukan Amirul sahaja yang pemurah __________ anaknya juga dermawan.
A malahan
B namun
C tetapi
D maka

35 __________ kita berusaha dengan bersungguh-sungguh, kita pasti berjaya.
A Semenjak
B Sekiranya
C Semasa
D Selagi

36 ___________ sebelum kejadian itu berlaku, mereka kelihatan bermain bola di
tepi pantai.
A Apabila
B Justeru
C Sejurus
D Ketika

37 Wafiy akan terus berusaha _________ cita-citanya untuk menjadi seorang
angkasawan belum tercapai.
A sementara
B walaupun
C apabila
D selagi

38 Sampah itu dikutipnya ___________ dibuangnya ke dalam tong sampah.
A seraya
B apabila
C bahawa
D kemudian

39 ___________ menunggu bas, Norita membaca buku cerita.
A Setelah
B Jikalau
C Walaupun
D Sementara

40 Perlawanan itu akan dibatalkan __________ hujan turun dengan lebatnya.
A semoga
B kerana
C jikalau
D untuk

41 Naemah __________ ibunya memasak di dapur, ___________ kakaknya
membasuh pakaian
A dan …… lalu
B dan …….maka
C dan……..manakala
D dengan…sementara

42 Perangai Adilah ___________ lama ___________ menjadi-jadi.
A makin……makin
B makin……malah
C setelah….makin
D setelah….semoga

43 Usah kita bersikap kasar terhadapnya, __________ dia seorang yang sombong.
A walhal
B apabila
C kendatipun
D sementara

44 _________ bijak ________ Rahman tidak bersikap sombong.
A Sungguhpun ……. namun
B Bukan sahaja …… bahkan
C Entah ……………. entah
D Walhal ....………… maka

45 _____________ tidak disangka, _____________ dia nampak baik orangnya.
A Namun…….. tetapi
B Lantaran ……tetapi
C Sungguh ……walhal
D Justeru …….supaya

46 Azizah masih belum pulang _________ hari sudah lewat senja.
A meskipun
B jikalaupun
C bagaimanapun
D walau bagaimanapun

47 ____________ memaksa Encik Hamzah hadir dalam mesyuarat itu adalah tidak
wajar.
A Andai kata
B Tatkala
C Ketika
D Untuk

48 Senaman __________ dapat menyihatkan badan ___________ dapat
mencerdaskan minda.
A bukan sahaja ……… malahan
B bukan sahaja ……… dan
C makin…………………lalu
D makin ………………..makin

49 “_____________ masalah yang besar, masalah yang kecil ini __________ tidak
dapat kamu selesaikan,” kata David kepada Zarif.
A Apatah lagi ….. sungguhpun
B Mahupun ……..sementara
C Jangankan ……pun
D Entah ………….entah

50 __________ keadaan di kawasan tasik itu sunyi, ________ Hamdan agak
berani memancing di situ berseorangan.
A Sungguhpun ……..lantas
B Sehingga …………malahan
C Apabila ……………lantaran
D Meskipun ………….namun

51 Dermawan itu __________ menghulurkan derma bagi meringankan beban
keluarga fakir miskin tersebut, ___________ mendirikan rumah bagi mereka.
A sedangkan …… apatah lagi
B bukan sahaja ….tetapi juga
C semakin ……….semakin
D jangankan……..pun

52 Orang tua itu menderita seorang diri di kampung _____________ anak-anaknya
hidup senang di kota.
A jikalau
B bahkan
C sedangkan
D sementara

53 ___________ ibu bapanya meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya,
Mariam tidak seriang dahulu lagi.
A Semenjak
B Apabila
C Ketika
D Maka

54 Ridhwan yang sudah menjawat jawatan pengurus bank berjanji akan membiayai
persekolahan kelima-lima orang adiknya itu _________ dia mampu.
A sementara
B sebelum
C semoga
D selagi

55 Pasukan bola sepak itu akan menundukkan lawannya ___________ rembatan
dan tendangan yang hebat.
A semasa
B dengan
C untuk
D demi

56 ___________ datuk masih muda, beliau tinggal di Kelantan.
A Seandainya
B Sekiranya
C Tatkala
D Apabila

57 Cahaya lampu minyak tanah itu ___________ lama __________ malap
A sedangkan ……inikan pula
B walaupun ……namun
C entah ………… entah
D kian………….…kian

58 __________ menanti jemputan kehormat tiba, para hadirin berkenalan
__________ bertanyakan khabar.
A Sementara …….sambil
B Semenjak ……..dan
C Sambil …………lalu
D Selagi ………….dan

59 Aiman tetap yakin ......... .. pemuda itulah yang patut dipersalahkan dalam
pertikaian tersebut.
A sungguhpun
B meskipun
C bahawa
D lantas

60 Disebabkan Robert selalu menipu ___________ dia tidak disenangi oleh rakanrakannya.
A sedangkan
B kemudian
C seraya
D maka

Selamat Datang

Salam Sejahtera kepada semua..selamat datang ke blog saya. di sini kita boleh berkongsi maklumat, memberikan pandangan dan komen..selain itu kita juga dapat berkongsi idea dalam Bahasa Melayu..jelajahilah blog saya..